Akta Warisan Kebangsaan Malaysia Tahun 2005 Seksyen 67

Klaim Tortor dan Gordang Sambilan yang dilakukan oleh Malaysia menuai protes dari masyarakat Indonesia. Klaim Tortor dan Gordang Sambilan dari sub etnis Batak Mandailing ini pertama kali diketahui setelah Kantor Berita Nasional Malaysia BERNAMA melansir berita tentang rencana organisasi masyarakat Mandailing Malaysia ingin mendaftarkan kedua warisan budaya tersebut sebagai bagian dari kebudayaan masyarakat yang ada di Malaysia. Ide tersebut disambut positif oleh pejabat pemerintah Malaysia dengan beberapa catatan-catatan yang harus dilengkapi.
Menarik untuk mengetahui lebih jauh tentang klaim oleh Malaysia dan Protes yang dilakukan oleh Masyarakat Indonesia. Sebenarnya bagaimana bentuk pengakuan atau pengelolaan warisan budaya menurut Akta Warisan Kebangsaan Malaysia Seksyen (pasal) 67? Di bawah ini akan dituliskan isi dari seksyen 67 sebagai bahan untuk mengkritisi lebih lanjut tentang Klaim Budaya oleh Malaysia sebagaimana selama ini di protes oleh Indonesia.

Undang-Undang Malaysia Tahun 2005 AKTA 645 tentang Warisan Kebangsaan Seksyen 67

BAHAGIAN X
WARISAN KEBANGSAAN
Pengisytiharan Warisan Kebangsaan

Seksyen 67.
(1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana tapak warisan, objek warisan, warisan kebudayaan di bawah air yang disenaraikan dalam Daftar atau mana-mana orang yang hidup sebagai suatu Warisan Kebangsaan.

(2) Dalam membuat pengisytiharan di bawah subseksyen (1) Menteri boleh menimbangkan—
(a) kepentingan sejarah, hubungan dengan atau perhubungan dengan sejarah Malaysia;
(b) ciri-ciri reka bentuk atau estetik;
(c) pembaharuan atau pencapaian saintifik atau teknikal;
(d) hubungan sosial atau kebudayaan;
(e) potensi untuk mendidik, menjelaskan atau menyediakan penyiasatan saintifik lanjut berhubung dengan warisan kebudayaan Malaysia;
(f) kepentingan dalam mempamerkan kekayaan, kepelbagaian atau integrasi bentuk yang luar biasa;
(g) jarang tidaknya atau keunikan warisan semula jadi, warisan budaya ketara atau tidak ketara atau warisan kebudayaan di bawah air;
(h) gambaran bentuk suatu tapak atau objek sebagai sebahagian daripada kelas atau jenis suatu tapak atau objek; dan
(i) apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan penentuan warisan kebudayaan yang penting.

(3) Jika tapak, objek atau warisan kebudayaan di bawah air terletak di atas tanah Negeri, Menteri hendaklah berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri sebelum membuat apa-apa pengisytiharan di bawah subseksyen (1).

(4) Jika tapak, objek atau warisan kebudayaan di bawah air terletak di atas tanah beri hakmilik atau dipunyai oleh mana-mana orang selain Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri, pemunya, penjaga atau pemegang amanah tapak itu, objek tidak alih atau warisan kebudayaan di bawah air itu hendaklah diberitahu sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum tarikh pengisytiharan dicadangkan itu.

(5) Jika pengisytiharan di bawah subseksyen (1) melibatkan suatu warisan kebudayaan tidak ketara dan hak cipta masih wujud dalam apa-apa kerja, keizinan pemunya hak cipta itu hendaklah diperoleh sebelum apa-apa pengisytiharan dibuat.

(6) Jika pengisytiharan di bawah subseksyen (1) melibatkan orang yang hidup, keizinan orang itu hendaklah diperoleh sebelum apa-apa pengisytiharan dibuat.
(7) Suatu salinan perintah hendaklah disampaikan kepada pemunya, penjaga atau pemegang amanah tapak, objek atau warisan kebudayaan di bawah air atau kepada orang yang hidup itu.

(8) Mana-mana orang yang membantah pembuatan pengisytiharan di bawah subseksyen (1) boleh mengemukakan bantahan secara bertulis kepada Menteri dalam masa tiga bulan dari tarikh penyiarannya dan boleh memohon kepada Menteri bagi pembatalan perintah itu.

(9) Menteri boleh, selepas dinasihati oleh Majlis, membatalkan atau enggan membatalkan perintah itu dan keputusan itu adalah muktamad.

diakses 20 Juni 2012 dari sumber : http://www.heritage.gov.my

Tentang joemarbun

Dilahirkan di sebuah propinsi yang kaya minyak bumi, yaitu bumi lancang kuning Riau. 3 bulan setelah lahir, langsung dibawa ke kebun Sei Rokan Riau, di tempat dimana Bapak saya bekerja hingga pensiun. Sampai kelas 1 (satu) SMA, waktunya dihabiskan di Ujung Batu Rokan. Setelah itu Hijrah ke KOta Palembang smpe lulus SMA tahun 1998. Setelah itu ke Medan dan terus ke kota Jogja dan sekaligus studi di Jurusan Arkeologi, Fakultas Ilmu Budaya Universitas Gadjah Mada. Hingga saat ini domisiliku di Jogja. Aktifitas selama ini berhubungan dengan sosial dan kemanusiaan. Saat ini mendirikan Lembaga Transformasi dan Advokasi Kesehatan (LeTAK) pada 08 Agustus 2008 (08-08-08) yang berkantor di Jakarta. Tidak hanya sampai disitu. pada awal bulan Januari 2009, saat terjadinya pengrusakan situs Majapahit Trowulan oleh oknum pemerintah pusat melalui Kementerian Kebudayaan dan Pariwisata RI, saya bersama beberapa teman mendirikan sebuah organisasi yang bernama: Masyarakat Advokasi Warisan Budaya (MADYA) yang konsen untuk permasalahan-permasalahan Warisan Budaya di tanah air Indonesia.
Pos ini dipublikasikan di Uncategorized dan tag , , , . Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s